Bio Disc

Khamis, 22 April 2010

Amezcue Bio Disc

Amezcue Bio Disc

Air merupakan salah satu keperluan paling penting kepada tubuh manusia bukan sahaja untuk berada pada puncak prestasi, malahan untuk berfungsi. Sebagai pra-syarat kepada kehidupan yang sihat, kita mesti memastikan tahap penghidratan di dalam tubuh kita sentiasa ditambah untuk mengambil kira hampir dua liter air yang kita hilang sepanjang hari. Meminum air adalah penting, walau bagaimanapun, ia mempunyai cara untuk meningkatkan dan memperbaiki keserasian biologi molekul air. Pada masa yang sama terdapat juga cara untuk meningkatkan tenaga dan keharmonian pada air minuman anda! Dan ia hanya dengan meminum air yang telah ditenagakan dan dipertingkatkan oleh Amezcua Bio Disc.
Amezcua Bio Disc telah dinilai oleh pelbagai institusi dan diketahui mampu mengurangkan nilai ketegangan permukaan air. Hal ini seterusnya menjadikan air lebih terhidrat, sekaligus meningkatkan keserasian molekul air dengan sel tubuh Air yang dirawat menggunakan Amezcua Bio Disc turut menghasilkan kristal air yang cantik dan mempunyai bentuk sempurna, petunjuk bagi air yang mempunyai paras tenaga yang tinggi dan berkualiti baik. Pelbagai hasil ujian juga menunjukkan bahawa Amezcua Bio Disc dapat meningkatkan tenaga dan paras keharmonian mereka yang menggunakan cakera ini atau meminum air yang dirawat menggunakannya.
Amezcua Bio Disc diperbuat daripada mineral semulajadi, terikat secara struktur dalam kaca pada peringkat molekul dengan menggunakan kaedah gabungan panas. Melalui kombinasi mineral dan teknik pelakuran ini, satu medan tenaga positif dihasilkan.


Faedah Utama


Rasa segar semula dan kembali muda.
Minum air yang dirawat menggunakan Amezcua Bio Disc untuk meningkatkan paras keharmonian dan paras tenaga anda.
Mudahkan pemindahan nutrien dan tingkatkan biokeserasian air untuk mendapatkan lebih lagi daripada minuman anda.

1 ulasan: